♥ Her ♥


Ainn Rahman
SPM Leaver
Kedah Darul Aman

 vulnerable people

The Love Song



♥♥♥♥♥

Tagboard



The BieBoos ♥


Mrs Barneyy
Chinatsu Aihara
Myliez Shahiera
Que Hamdan

Aku sayang hampa . SAHABAT !

♥ Le Tabung ♥





Mesin Masa
Wednesday, October 26, 2011 | 0 comments

Kawan : Kenapa mesin masa macam cerita Doraemon tak wujud dalam dunia ini?
Aku : Kenapa?
Kawan : Aku nak balik ke masa lampau.
Aku : Masa yang mana?
Kawan : Masa aku menyerahkan kasih sayang dan kepercayaan aku kepada si dia.
Aku : Ada benda yang kau nak ubah?
Kawan : Aku tak akan menerima huluran kasih sayang itu semua.
Aku : Malangnya kita tak boleh mengubah benda yang berlalu. Kita belajar dan mulakan hidup baru serta ambil yang lama sebagai satu bentuk pelajaran yang istimewa.
Kawan : Istimewa apanya kalau kita gagal dalam bercinta?
Aku : Istimewanya kita ada pengajaran dalam hidup.
Kawan : Dengan memulakan percintaan baru bulan Disember dulu, aku kehilangan hampir segalanya dalam hidup aku selepas kehilangan dia awal Februari.
Aku : Maksudnya?
Kawan : Kawan baik, pendengar setia, tempat meluahkan, tempat bergurau senda hilang begitu sahaja. Alangkah baiknya kalau aku terus kekal bersama dia sebagai kawan sahaja.
Aku : Sebab itu aku kata, benda itu akan jadi pengajaran supaya ianya tak berulang lagi.
Kawan : Hidup aku jadi jahanam. 
Aku : Sesetengah orang hanya layak jadi kawan sahaja kan?
Kawan : Mungkinlah. Tapi semua orang memang mahu bahagia kan?
Aku : Thomas pernah berkata, kebahagiaan itu seperti mengejar rama-rama. Kalau kita terlalu sibuk mengejarnya, dia akan lari daripada kita. Tapi bila kita berhenti dan alihkan perhatian kita pada perkara lain, ia akan datang hinggap di bahu kita.
Kawan : Kau selalu berada di kedudukan mengalah, tetapi kau tak mempertahankan sekuat kau berbicara.
Aku : (ketawa) Kenapa hal aku yang kau bangkitkan?
Kawan : Sebab kau tegar melepaskan hak kau berkali-kali.
Aku : (ketawa) Aku berada di kedudukan yang terpaksa melepaskan dengan rela hati walaupun aku tahu aku hadapi kesakitan sendirian. Benda mudah, aku tidak mahu bertelagah dengan wanita lain. Kepercayaan itu bagaikan sebuah tembikar, sekali jatuh dan pecah, kalaupun kau dapat mencantumkan ia kembali, pastinya tidak akan serupa dengan yang asal.
Kawan : Ah, kau.
Aku : (ketawa) Sekurang-kurangnya kau mahu kembali ke waktu dulu dan membaiki segala kesilapan.
Kawan : Kau tak nak?
Aku : Rasa kesal tidak perlu dilibatkan kalau mahu memulakan hidup baru sebab kita akan ada sedikit rasa mahu berpaling dan menikmati semula musim yang kita tinggalkan. Aku tak mahu benda begitu jadi pada aku sebab aku sendiri yang melalui hidup aku.
Kawan : Tapi bila aku tengok masa dulu, aku nak kembali semula.
Aku : Itu normal. Kita mengenang masa lalu itu sesuatu yang normal, cuma janganlah terlampau terbawa-bawa hingga memakan diri.
Kawan : Pelik.
Aku : Apa yang pelik?
Kawan : Kau pelik.
Aku : (ketawa) Kenapa beritahu aku benda yang aku tahu?
Kawan : Kau satu-satunya orang yang beritahu aku normal untuk mengenang kisah lalu.
Aku : Tapi dengan syarat.
Kawan : Tahu. Cuma kau satu-satunya orang yang tak membangkang aku lihat ke belakang.
Aku : (ketawa) Memang aku manusia aneh.

Persahabatan dan percintaan dipisahkan oleh garis yang cukup halus. Kita kadangkala terlajak menganggap persahabatan dan perkenalan terlampau lama itu akan membawa kepada percintaan walaupun hakikatnya tidak. Ada di antara kita yang mungkin berkenalan lama, sehingga membuahkan bibit percintaan walaupun akhirnya terlerai dan kembali semula kepada persahabatan. Itu dikira bernasib baik. Ada yang hilang kedua-duanya sekali. Persahabatan dan percintaan - kedua-duanya tidak dapat dikekalkan. Yang bercinta dengan sahabat baik hingga mendirikan perkahwinan juga ada. Kan takdir manusia itu lain-lain bukan?

Lord Zara : Melepaskan seseorang atau sesuatu itu lebih mudah sebenarnya daripada membuang segala memori dan kenangan sewaktu bersama, kerana apabila seseorang atau sesuatu itu pergi, yang tinggal pada kita hanyalah kenangan. Ya, masa membekukan itu sahaja buat kita.
Sumber :: Terfaktab


# Seriously article niy buat aku fikir sejenak about how we should be . Life is so undefined . We can never expect apa yg akan jadi kat kita esok . And kita tak mungkin akan dapat kembali untuk ubah apa yang dah berlaku pada kita . It is impossible ! So, just made it as PENGAJARAN & PENGALAMAN dalam hidup and never repeat it twice :))

Older Post | Newer Post